Selasa, 7 Disember 2010

Selamat Datang Tahun Baru Islam

assalamualaikum..hari ini bermulalah tahun baru islam iaitu bulan muharram,,cepatnya masa berlalu..dh bce doa akhir tahun n doa awal tahun x smlm??~~,,
bulan muharam ni bnyak fadilatnya(kelebihan) dan amalan yg disunatkan dlm bulan ni pn ade jugak antaranya::
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. 
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali 
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali 
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): 

Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu. 
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. 
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.



sbgai tambahan, arini dpat lh balik paper exam baru ni,ada yg naik ada yg turun,,huhu..bila lh nak naik2 ye~~,,tpi satu je yg sntiasa pembunuh markahku iaitu careless mistakes!!~harap dpt kurangkn careless mistake tu untk exm yg strusnya,,i'Allah,,XD..arini jgk dapat hadiah dri sensei,hadiah krismas katanya,,kadai biseki(diffrntation n integration) sbgai keje time cuti winter nnti!!btw tenkiu so much ye sensei atas pmberian hadiah krismas tu,,hahah~,,jya ganbaru shikane...



0 ulasan: