Memaparkan catatan dengan label sharing is caring. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sharing is caring. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Jun 2011

Hati yg lapar

assalamualaikum..

hope sume sihat ye..di tengah2 cuaca panas ni,sabar lh ye n jaga kesihatan :))
btw dlm jaga kesihatan tubuh badan jgn pula kita lupa nk jaga kesihatan hati kita..
contohnya kalo badan kita lapar kita makan kn smpai lh kita kenyang,,n kalo hati kita
pulak yg lapar,kita nk bagi dia makan ape?..n lagi satu kita tau ke hati kita ni lapar ke kenyang?,,
sama x rupa dgn kita kalo time lapar?..perut bunyi2 toka..hehe..

n tadi pn tiba2 trjumpa artikel psl ni kt iluvislam(tmpat feveret utk baca artikel :P)..n ni kndungannye..(kopi pes sket:D)
Jika hati kita lapar, jangan biarkan ia terus kebulur. Kerana seperti badan, apabila dibiarkan  kebuluran, sudah tentu akan sakit dan seterusnya mengakibatkan kematian. Oleh itu, carilah makanan untuk hati. Hati yang lapar sebenarnya mempunyai makanan tersendiri, ianya sangat istimewa dan menjimatkan wang ringgit. Tidak perlulah kita mengeluarkan wang beratus atau beribu-ribu ringgit, makanan hati yang istimewa ini ada disebutkan di dalam hadith nabi yang berbunyi:
   
 "Sentiasalah basahi lidahmu dengan menyebut nama Allah"
iaitu berzikir (memuji n mengagungkan Allah)..kerana bila hati dibiarkan kebuluran, mengecutlah ia menjadi kering dan kusam, seolah-olah badan manusia yang dipaksa ber diet setiap hari.
so, jangan biarkan hati kita lapar,kerana bila hati kita lapar tidak mustahil hati kita akan mati kegelapan tanpa sinar hidayah daripada Allah s.w.t. Maka hendaklah kita sentiasa basahkan bibir kita dengan menyebut kalimah Allah dan memuji Allah s.w.t. Jom sama2 beringat..:))

p/s: peringatn utk diri sndiri ini yg selalu lupa n leka..:))

Sabtu, 5 Februari 2011

~Maher Zain~~


bes kan?,,sy suke lg Maher Zain ni sbb bersifat ketuhanan,,n lg satu lyric mmg bgus lh,,klo feeling btol2 tgok lyric dia,pergh leh nangis ni,,hihi~~
Jangan lh berputus asa krna Allah sentiasa ada bersama
n i'Allah ada jalannya~~
kembalilah kpd yg Esa,yakin padaNYA dan berdoa kepadaNYA
Ya Allah,hindari aku dri tersasar~:)
ok,pape pn layan je lh ek,,

Selasa, 18 Januari 2011

kawan~

assalamualaikum..;),pe kabo arini??,,smoga baik2 saja~
hmm what do u mean by friend?,,its mean tomodachi,kawan,rakan,sahabat,teman rite?..tu mksud dri segi lafaz je kn,n kalo dri segi istilah plak?,,hehe..ni cm blajar subjek PSI n PQS plak dlu sbb ada kne terjemah dri segi lafaz n istilah..ok smbung yg tadi plak,ni pada pndapat sy lh kn,friend ni ialah org yg boleh kita berkongsi cerita suka n duka,berkongsi pndapat,meluahkan perasaan(sesama jantina ye,,XD),yg selalu berdamping dgn kita xkira kita dlm susah or senang,org yg boleh tolong kita n bnyak lagi lh kn,,selain tu jugak,kawan ni ialah org yg boleh mempengaruhi kita sama ada ke arah kebaikan or keburukan,desho??~..cm contohnya kita dpat kwn yg baik,kita pn akan turut sama jdi baik gk i'Allah,,sbb ada 1 hadis nih,hadis al-bukhari yg b'mksud:
  “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”..
so msti lh nk jdi cm penjual mnyak wangi tu kn?..hehe..xpe,same2 lh kita menilainya yep,yg mana elok untuk dri kita sndiri ni,,n fikirkan skali efek2 kt diri kita nanti..ni cm experimen kimia plak..hehe..ok,ni plak sbgai tmbahan,t'jumpa time survey2 bacaan2 yg mnarik utk dibaca kt dlm tenet ni..haa terlupa lak,tokorode,buku n bhn2 bacaan pn bleh jadi kwn gk kt kita ni,sbb dri situ kita boleh dpt idea ke ilham ke,pndapat,or tips2 n nantoka lagi,same cm peranan kwn kn,,ada lh jugak pnah dgar,salah satu kawan yg baik ialah buku..
ok,smbung yg terputus tadi tu,,
  Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya…. Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya…. Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya…. Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya…. Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa…. Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna……
  3 jenis kawan yang perlu diketahui. Pertamanya, kawan yang seumpama udara atau minyak wangi; janganlah kita putus persaudaraan dengannya kerana mereka menguatkan semangat dan menambahkan keyakinan kita pada jalanNya. Keduanya, kawan yang seumpama pembuat roti; kita perlukan padanya hanya ketika ingin makan roti, bukan sepanjang masa @ setiap hari dan jangan berlama-lama dengannya kerana kita ada urusan yang lebih penting. Ketiganya, kawan yang seumpama penyakit yang mesti kita hindari kerana ia memudaratkan diri dan agama kita..
Samada kawan, teman atau sahabat, mereka dan sy dijadikan saling memerlukan,  saling melengkapi, memberi dan menerima, mempengaruhi dan dipengaruhi. Apa yang baik, perlu disimpan, dan yang tidak baik, perlu dijadikan peringatan buat diri. Tidak kira siapa jua insan itu, hikmah atau pengajaran yang diperolehi daripada mereka perlu  disimpan semat di dada, kerana hati-hati mu’minlah yang lebih layak menyimpan hikmah itu, supaya boleh membawa manfaat. Wallahu ‘Alam..
sekian sj utk hari ini,,yg baik datang dari Allah,yg xbaik itu dtg dari dri sy sndiri~~..sbgai halwa telinga,layan aje lagu ni~~~~~
  jya,mata ne,;)

Khamis, 23 Disember 2010

MaRah!!!!!

Marah?,,sume org ada sifat ni kn,klo x,kita ni dikatakan xde perasaan..XD..marah ni pun mmg salah satu sifat semulajadi manusia dan mrupakan anugerah Allah buat kita ni..tpi klo marah tu,biar lh bertempat,takut2 nti akan mndatangkan keburukan kt diri sendiri n org lain yg ada di sekeliling kita ni..
ni cara2 untuk meredakan sifat marah tu:

-ingat Allah,sbb dijanjikan syurga untk org yg tahan sabor ni
-mohon perlindungan Allah,sbb marah ni godaan dri syaitan
-memaafkan kesalahan org tu,sbb kita ni xterlepas dri mlakukan kesalahan
-berwudhu',sbb marah tu dri godaan syaitan,syaitan tu dri api,so api lawannye air
-mengubah posisi,,jika kita marah time berdiri,duduk lah or baring,i'Allah marah tu akan reda
and last but not least,jauhi sifat ego dlm diri sbb kita ni manusia semua sama.xde yg lebih dan xde yg kurang,cuma yg bezanya nilai kita disisiNYA nanti~~
**peringatan untk diri sndiri ini dan kamu kamu juga..:))


Selasa, 7 Disember 2010

Selamat Datang Tahun Baru Islam

assalamualaikum..hari ini bermulalah tahun baru islam iaitu bulan muharram,,cepatnya masa berlalu..dh bce doa akhir tahun n doa awal tahun x smlm??~~,,
bulan muharam ni bnyak fadilatnya(kelebihan) dan amalan yg disunatkan dlm bulan ni pn ade jugak antaranya::
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. 
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali 
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali 
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): 

Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu. 
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. 
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.



sbgai tambahan, arini dpat lh balik paper exam baru ni,ada yg naik ada yg turun,,huhu..bila lh nak naik2 ye~~,,tpi satu je yg sntiasa pembunuh markahku iaitu careless mistakes!!~harap dpt kurangkn careless mistake tu untk exm yg strusnya,,i'Allah,,XD..arini jgk dapat hadiah dri sensei,hadiah krismas katanya,,kadai biseki(diffrntation n integration) sbgai keje time cuti winter nnti!!btw tenkiu so much ye sensei atas pmberian hadiah krismas tu,,hahah~,,jya ganbaru shikane...



Ahad, 28 November 2010

Aku mencintaimu kerana Allah!~

Posted Image


konbanwa! haa ni mau share artikel ni,menarik tau,,meh baca sesame~;)



Rasulullah bersabda;
'Barangsiapa yang memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-segalanya. Mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka."( Bukhari, Kitab: Iman 1/77, No.16. Muslim, Kitab: Iman 1/66, No. 43)

Fitrah!
Apa rasionalnya topik ini dibincangkan? Ianya kerana rata-rata golongan manusia termasuk para dai'e pasti pernah atau akan merasai cinta, pasti pernah kecundang dengannya atau mungkin berakhir dengan bahagia dengan cinta.
Dari Anas ra. dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Tidaklah sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ( al-Bukhari 13. Muslim 45)

Posted Image

Layakkah?
'Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri... sebelum mencintai Allah". Persoalannya di sini adakah kita sudah mencintai Allah? Mencintai Allah dalam erti kata sebenar ialah mencintai apa yang Allah cintai dan membenci apa yang Allah benci. Kita lihat kini, ramai yang sudah mencintai orang lain seawal umur darjah 5, tetapi adakah mereka mencintai Allah dan diri mereka sendiri? Jawapannya terdapat pada hubungan itu samaada ia kekal atau tidak. Cinta pada diri sendiri ialah dengan tidak menzalimi diri sendiri dengan sesuatu.
Firman Allah;
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya(Tuhan) dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (QS. 45:23)

Fahami!
Perlu difahamkan di sini dengan sejelas-jelasnya bahawa cinta itu ialah pertautan dari hati ke hati dan bukan seperti yang diagung-agungkan barat yang memanipulasi cinta dengan 'contact' badani iaitu pergaulan bebas. Ingatlah,
"cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan." ( al-farabi)
Yang menghairankan bahawa umat islam sendiri pula yang terkinja-kinja untuk mengikut jejak langkah barat. Buktinya kes cerai, anak luar nikah dan pelbagai kancah zina. Beginilah akibat 'islamophibia'. Pesanku, 'berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati meletakkan cinta di dalamnya. Jangan dibiarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jaat, buruk dan 'cacat'. Bagaimana benih cinta yang kita tanam dan suburkan dalam jiwa, begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan."

Peraturan cinta!
Menurut buku'Tentang Cinta' karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi terdapat 2 peraturan untuk melayakkan seseorang itu bercinta;

1. Hendaklah cinta kita itu didasarkan pada cinta Allah
2. Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.

"Tidak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa'.

Posted Image

Hayati firman Allah melalui lidah kekasihnya, Muhammad saw;
..."Jika seorang hambaNya menahan keinginannya dae sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"...

Cinta sejati?
Menurut pakar psikologi, "cinta itu komitmen, tanggungjawab dan amanah". Menurut kamus dewan ke-IV pula cinta merujuk kepada perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan, perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu. Cinta itu terlalu abstract dan bersifat maknawi ia juga amat universal. Hukama ada berkata, "cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kerana kesalahan". Cinta sejati itu dialirkan oleh Allah ke dalam hati, ia muncul dari dalam ke luar iaitu dari hati turun ke mata dan lain-lain anggota. Oleh itu, cinta tidak akan dapat di'tidak'kan tetapi ia hanya perlukan pengawalan yang ketat.

Cinta kalau bahasanya hati... itulah cinta hakiki
Kasih jika dasarnya Rabbi... itulah kasih sejati
Cinta ini pasti akan diuji kerana itu sudah tradisi janji...
(Jendela Hati 1993)



Nabi bersabda;
"Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya". ( al-Bukhari, Kitab: Adab X/573, No. 6170. Muslim, Kitab: Kebajikan, Silaturrahmi dan Adab IV/2034, No. 2641)

Tips, anda sudah bersedia jika?

* Niat anda memang untuk berkahwin dengan 'sidia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
* Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh agama.
* Sudah 'lepas' ilmu fardu ain dan mempunyai tahap akademik yang baik dalam pengajian anda atau sebaik-baiknya mempunyai pekerjaan yang tetap. Kepada yang masih belajar, bolehlah mencuba nikah kitbah atau gantung.
* Sudah istiqomah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim sejati dalam erti kata yang sebenar.
* Jangan lupa matangkan diri anda kerana orang yang matang ialah mereka yang mampu berfikir dengan baik, sudah boleh mengawal perasaan dan serba sedikit memiliki jiwa yang tenang.

Jadi Soleh bukan cari solehah!
Firman Allah;
Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)...(QS. 24:26)
"Cinta yang dicari adalah baik tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik". Ingatlah bahawa, "kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya".( Hamka)
Oleh itu, jadilah seorang yang soleh dahulu baru cari yang solehah ya!
Kalau da suka, jangan lupa beritahu!
Dari Abu Karimah al-Migdad bin Ma'di Kariba ra, dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Apabila seseorang mencintai saudaranya, beritahukan kepada bahawa ia mencintainya."(Hadis sahih Abu Daud, Kitab: Adab IV/332, No. 5124)

Posted Image

Kisah Ummu al-Darda'
Nama asalnya ialah Hujaimiah al-Himyarian. Beliau adalah isteri Abu al-Darda', seorang sahabat Nabi saw yang hidup di Syam. Meskipun jarak usia mereka agak jauh, di mana Abu al-Darda' lebih tua beberapa puluh tahun daripadanya, namun mereka adalah pasangan yang sangat bahagia.
Suatu hari Ummu al-Darda' berdoa di hadapan suaminya, " Ya Allah, sesungguhnya Abu al-Darda' meminangku di dunia, lalu kau menikahi. maka sekarang aku meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suamiku di syurga".
Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia".

Terima kasih sahabat atas nasihatmu;
Peliharalah diri dan hatimu,
Buat 'ajnabi yang halal' untukmu,
Jagalah mahar cintamu agar,
Tidak tercemar dek tafsiran hati yang masih sangsi,
Hamparkanlah rasamu hanya untuk 'Dia' yg selayaknya...


Nukilan hati Hamba buat 'sidia'

Ya Allah, engKau perkuatkanlah mujahadah ku melawan hawa nafsu yang sentiasa membawa kepada kejahatan...
Ya Allah, engKau titipkanlah kasih sayang di antara kami berdua dengan keredhaan Mu...
Sesungguhnya setiap inci hidup kami adalah kerana Mu...
Maka, engKau jalinkanlah cinta itu demi mengharapkan CINTA MU...
Jauhilah kami dari pelbagai jenis zina mahupun maksiat yang akan mengundang kemurkaanMu semasa dalam perhubungan ini...
Allah, aku berpegang pada firman Mu melalui lidah kekasih Mu Muhammad saw;
..."Jika seorang hambaNya menahan keinginannya dae sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"...

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata, Rasulullah saw bersabda;
Barangsiapa yang tidak menyayangi sesama manusia, nescaya Allah tidak menyayanginya.(Sahih al-Bukhari, 7376, 6013, Sahih Muslim 2319)

Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah saw;
"Seorang wanita itu dikahwini kerana 4 hal; 1-hartanya, 2-nasab keturunannya, 3-kecantikannya atau kerana 4-agamanya. carilah wanita yang beragama, nescaya kamu akan bahagia."( Bukhari, Kitab: Nikah IX/35, No. 5090. Muslim, Kitab: Penyusuan II/2086. No. 1466)

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.

Selasa, 19 Oktober 2010

Kata-kata Bijak tentang CINTA~

slm,,ok ini entry sterusnya,,pasal cinta sket..hehe,,enjoy it ya~~


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
dan sebagai penutup,,hayati lagu ni yep,,:))

Ahad, 17 Oktober 2010

Petua Natural Beauty

haa ni msti org pmpuan suka kan,,bab2 kecantikan ni,,hehe,,ni saje je nk share,boleh juga dijadikan amalan harian..:)

Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.
Dalam pengamatan saya sendiri, amalan ini telah terbukti berkesan kerana semua 'wanita cantik' yang saya pernah kenal menurunkan petua ini kepada saya apabila saya bertanya 'rahsia' wajah mereka yang tegang dan sentiasa kelihatan ceria.
ok,slamat mencuba ye korg,,:))
btw kita sbgai wanita bkn sahaja nk jaga kcntikan luaran je tpi akhlak ape sume tu kene jaga jugak tau,,ni pringatan untuk diriku juga..sama2 muhasabah,,;)